Search

Hari tu, saya order food online
Sebab anak sa...

  • Share this:

Hari tu, saya order food online
Sebab anak saya ni, mintak fast food,
Biasala, budak budak kan..

Tunggu punya tunggu, food tak sampai sampai.
Anak saya dah start merungut..,

Then saya dapat message dari rider,
Lambat sikit, sebab tempahan terlalu banyak.
Time tu dah nak berbuka dah…

Alamak, macam tak sempat nak berbuka ni,
Dalam hati saya, berdetik.
Tak pe lah, saya cuba tenang budak budak ni.
Suruh makan makanan lain dulu..

Seminit sebelum maghrib,
Saya dapat call dari guard,
Untuk benarkan rider masuk ke kawasan perumahan.

Dan dia sampai depan rumah saya ketika azan dari masjid berkumandang.
Saya kat depan pintu rumah menunggu.

Main gate saya ni, tak boleh nampak dari luar.
Tapi saya boleh melihat dengan jelas dari dalam.

Lepas dia parking motor, saya nampak dia angkat tangan , berdoa…
Dan keluarkan seplastic air, dia isap seteguk..

Allahu, sedih saya tengok, dengan muka kepenatan. Then cepat cepat dia buka pintu kecik main gate saya yang saya bukak sikit.

“Maafla bang, dah azan, tak sempat nak hantar ontime,” beliau meminta maaf ketika hulurkan makanan.

“Tak pe, tak pe, kamu dah ontime,” jawab saya

“Jap, selalu ke kena marah time lambat? “
Saya cuba tanya.
“ Eh biasa sangat tu bang, ada marah depan depan
Ada yang komen kat apps” explainnya.

Aduhai, kejamnnya.. detik hati saya
Bukan dia sengaja.

Saya tanya dia, ada makanan ke nak bukak posa
Dia kata dah ada, sambil dia tunjukkan kat bakul motor dia
Ada nampak air milo ikat tepi,
Yang saya dah nampak dia minum tadi.

Sebelum dia pergi,
Saya bagi la duit tips sikit,
Muka dia terkejut…
“Tak pe la bang, “ jawabnya..

“Ambil je dik, setakat sikit ni, bukannya saya boleh jadi miskin
Dan kamu takkan jadi kaya, setakat banyak ni..”

Then dia pon ambik, dan saya nampak muka dia yang berminyak kepanasan, lesu, kepenatan,
tiba tiba jadi ceria. Alhamdulilah.

Saya percaya, satu hari nanti bila dia berjaya, dia akan teringat zaman kesusahan dia.

Sumber: Shaari Anuar


Tags:

About author
not provided